RAWATAN MELURUSKAN GIGI
TENTANG KAMI
PERKHIDMATAN
SUMBER
PEMBELIAN
SIJIL PENGIKTIRAFAN
Pensijilan yang menjamin keselamatan, kualiti dan pematuhan dengan piawaian global.
Di Klinik DCA, kami menawarkan pembedahan cabutan gigi yang selamat dan berkesan untuk pelbagai masalah pergigian. Sama ada cabutan gigi geraham, cabutan gigi bongsu, atau cabutan biasa, doktor gigi kami memastikan prosedur yang lancar dengan selesa.
Cabutan gigi disyorkan untuk:
Prosedur ini melibatkan cabutan gigi yang kelihatan dan tidak terlalu rosak atau terimpak. Doktor gigi akan memberikan bius setempat dan menggunakan alat khas untuk melonggarkan dan mencabut gigi dengan selamat.
Cabutan gigi melalui pembedahan diperlukan untuk kes seperti:
Prosedur ini melibatkan pemotongan kecil pada gusi untuk mengakses dan mengeluarkan gigi. Doktor gigi kami memastikan keselesaan anda sepanjang rawatan.
Prosedur ini membantu mengeluarkan nanah akibat abses atau jangkitan teruk. Ia dapat melegakan ketidakselesaan, serta mempercepatkan pemulihan gusi dan gigi.
Jika anda mengalami soket kering selepas cabutan gigi, rawatan khas akan diberikan untuk mempercepatkan penyembuhan dan melegakan ketidakselesaan.
Cabutan gigi diperlukan jika gigi mengalami kerosakan teruk, jangkitan, atau terimpak. Ia juga boleh dilakukan untuk memberi ruang bagi rawatan ortodontik seperti pemakaian pendakap gigi.
Pembedahan cabutan geraham melibatkan pemotongan gusi untuk mengeluarkan gigi yang terimpak atau sukar dikeluarkan, manakala cabutan biasa dilakukan pada gigi yang sudah tumbuh sepenuhnya dan senang dicabut.
Kos cabutan gigi bongsu bermula dari RM 600 – RM 1800, bergantung kepada tahap kesukaran prosedur.
Selepas cabutan, elakkan makanan yang keras, jaga kebersihan mulut, dan ikut arahan doktor gigi untuk pemulihan yang cepat. (Baca lebih lanjut mengenai penjagaan selepas cabutan di sini).
Ya, dalam beberapa kes, gigi perlu dicabut untuk memberikan ruang yang mencukupi bagi pergerakan gigi semasa rawatan ortodontik, terutamanya jika terdapat masalah kesesakan gigi. (Ketahui lebih lanjut mengenai rawatan braces tanpa cabutan di sini).
Hantar maklumat anda dan kami akan hubungi anda!