Soalan Umum
Apa itu pendakap gigi lutsinar?
Pendakap gigi lutsinar ialah alternatif kepada pendakap gigi konvensional, menggunakan alat ortodontik lutsinar khas untuk menggerakkan gigi secara perlahan bagi mendapatkan susunan gigi yang lebih teratur.
Apakah bahan yang digunakan dalam pembuatan aligner kami?
Kami menggunakan bahan pelbagai lapisan yang direka khas untuk ketahanan tinggi, fleksibiliti optimum, dan jangka hayat yang lebih lama. Struktur ini merangkumi lapisan dalaman yang stabil, lapisan tengah yang mengurangkan tekanan, serta lapisan luar pelindung untuk memastikan kejelasan berpanjangan.
Adakah penggunaan aligner terhad kepada umur tertentu?
Rawatan aligner tiada had umur, tetapi ia paling sesuai untuk remaja dan orang dewasa. Namun, kanak-kanak mungkin menghadapi kesukaran mencapai hasil yang diinginkan kerana tulang rahang mereka masih dalam proses perkembangan. Bagi warga emas, pemeriksaan diperlukan untuk menentukan kesesuaian rawatan berdasarkan kestabilan tulang rahang.
Adakah pendakap gigi lutsinar berkesan untuk meluruskan gigi?
Ya, pendakap gigi lutsinar merupakan kaedah ortodontik yang berkesan dan hampir tidak kelihatan. Ia direka khas untuk membetulkan kedudukan gigi secara perlahan dengan lebih selesa berbanding pendakap gigi tradisional. Baca panduan kami untuk maklumat lanjut!
Bagaimanakah pendakap gigi lutsinar meluruskan gigi?
Pendakap gigi lutsinar berfungsi dengan mengalihkan gigi secara berperingkat melalui beberapa set tray yang direka khas. Setiap tray memberi tekanan lembut untuk memastikan perubahan yang beransur-ansur sehingga gigi mencapai kedudukan yang diinginkan.
Bagaimanakah pendakap gigi lutsinar berbeza daripada pendakap gigi besi?
Pendakap gigi lutsinar tidak menggunakan wayar atau bracket logam, menjadikannya lebih selesa dan hampir tidak kelihatan. Ia juga boleh ditanggalkan untuk makan dan menjaga kebersihan gigi dengan lebih mudah.
Bagaimana cara untuk mengetahui jika saya sesuai untuk rawatan pendakap gigi lutsinar?
Setiap pelanggan perlu menjalani Penilaian Senyuman terlebih dahulu. Selepas itu, kami akan menentukan sama ada rawatan aligner sesuai untuk anda.
Bolehkah pendakap gigi lutsinar membetulkan gigi jarang?
Ya, ia berkesan untuk membetulkan gigi jarang dan ini adalah antara masalah yang paling biasa dirawat dengan aligner lutsinar.
Bolehkah aligner membetulkan masalah gigi overbite?
Ya, aligner boleh membantu membetulkan overbite dengan menggerakkan gigi secara beransur-ansur ke posisi yang lebih seimbang.
Bolehkah pendakap gigi lutsinar membetulkan masalah gigi underbite?
Ya. Pendakap gigi lutsinar boleh menggerakkan gigi atas ke hadapan dan gigi bawah ke belakang secara beransur-ansur untuk memberi gigitan yang lebih seimbang.
Saya sedang menjalani rawatan ortodontik dengan pendakap gigi besi. Bolehkah saya bertukar kepada aligner?
Beralih daripada pendakap gigi besi kepada aligner lutsinar pertengahan rawatan adalah keputusan yang perlu dibuat bersama pakar ortodontik anda.
Dalam sesetengah kes, peralihan mungkin boleh dilakukan, tetapi ia bergantung pada beberapa faktor seperti tahap rawatan semasa, tahap kerumitan kes anda, dan cadangan daripada pakar ortodontik anda.
Bolehkah saya memakai pendakap gigi lutsinar hanya pada gigi atas atau bawah sahaja?
Ya, pendakap gigi lutsinar boleh digunakan hanya pada gigi atas atau bawah. Namun, anda mungkin perlu memakai retainer atau aligner pasif pada bahagian yang tidak dirawat untuk mengekalkan keselarasan sepanjang rawatan.
Adakah pakar ortodontik terlibat dalam rawatan saya?
Ya, pakar ortodontik akan menilai kes anda dan merancang rawatan yang diperibadikan bagi memastikan hasil yang optimum dan selamat.
Bolehkah saya memakai pendakap gigi lutsinar jika saya mempunyai implan gigi?
Ya, tetapi perbincangan dengan doktor gigi dan pakar ortodontik anda diperlukan untuk memastikan implan tidak mengganggu pergerakan gigi yang lain semasa rawatan.
Bolehkah saya menjalani rawatan pendakap gigi lutsinar jika masih mempunyai gigi bongsu?
Ya, dalam kebanyakan kes, anda boleh menjalani rawatan aligner walaupun masih mempunyai gigi bongsu. Namun, adalah penting untuk berunding dengan pakar ortodontik bagi menilai keadaan anda dan menentukan langkah rawatan yang terbaik.
Berapa lama saya perlu tunggu selepas mencabut gigi bongsu sebelum memulakan rawatan pendakap gigi lutsinar?
Tempoh pemulihan adalah berbeza bagi setiap individu. Sebaiknya, rujuk pakar bedah mulut anda untuk mengetahui bila selamat untuk anda memulakan rawatan pendakap gigi lutsinar.
Bolehkah saya memakai pendakap gigi lutsinar jika saya mempunyai gigi yang hilang?
Keserasian rawatan pendakap gigi lutsinar akan ditentukan berdasarkan keadaan gigi dan matlamat rawatan anda.
Dalam sesetengah kes, prosedur pergigian tambahan mungkin diperlukan untuk menangani masalah gigi yang hilang sebelum atau semasa rawatan pendakap gigi lutsinar. Hubungi Konsultan Senyuman kami untuk mendapatkan panduan yang diperibadikan mengikut keadaan anda.
Bolehkah saya memakai pendakap gigi lutsinar jika saya mempunyai veneer?
Ya, anda boleh memakai pendakap gigi lutsinar walaupun mempunyai veneer. Namun, anda perlu memaklumkan pakar ortodontik anda mengenai sebarang kerja pergigian sedia ada, termasuk veneer, sebelum memulakan rawatan. Mereka akan menilai keadaan anda dan memberikan panduan untuk memastikan keserasian serta kejayaan pelan rawatan anda.
Bolehkah saya mendapatkan rawatan pergigian semasa menjalani rawatan pendakap gigi lutsinar?
Sebaiknya elakkan rawatan yang boleh mengubah bentuk gigi seperti tampalan gigi atau veneer, tetapi rawatan kecemasan seperti rawatan akar gigi masih boleh dilakukan dengan nasihat doktor gigi.
Bolehkah saya melihat bagaimana senyuman saya akan kelihatan selepas rawatan?
Ya, dengan teknologi pemetaan 3D kami, anda boleh melihat gambaran awal perubahan senyuman anda sepanjang rawatan.
Apakah yang termasuk dalam Kit Pendakap Gigi Lutsinar?
Anda akan menerima semua yang diperlukan untuk rawatan, termasuk pendakap gigi lutsinar, manual pengguna, cangkuk pemakaian, chewies untuk membantu pemasangan, dan bekas aligner.
Harga
Berapakah kos rawatan pendakap gigi lutsinar?
Kos rawatan pendakap gigi lutsinar kami ialah RM5950.
Apakah pelan pembayaran yang ditawarkan untuk pendakap gigi lutsinar?
Kami menawarkan pilihan bayaran penuh sebanyak RM 5950 atau pelan ansuran yang fleksibel untuk memudahkan anda.
Apakah kaedah pembayaran yang diterima?
Kami menerima pelbagai kaedah pembayaran termasuk Tunai, Kad Kredit, Perbankan Dalam Talian, e-wallet dan lain-lain.
Adakah terdapat kos tambahan untuk rawatan pendakap gigi lutsinar?
Ya, terdapat beberapa kos tambahan yang mungkin terlibat dalam rawatan pendakap gigi lutsinar, termasuk:
- X-rays: Anda mungkin perlu menjalani X-ray sebelum memulakan rawatan pendakap gigi lutsinar. Harga bermula dari RM150.
- Retainer: Retainer diperlukan untuk mengekalkan kedudukan baharu gigi selepas rawatan. Harga bermula dari RM 600.
Berapakah harga retainer?
Retainer kami bermula dari RM 600 untuk 1 set. Untuk maklumat lanjut atau membuat tempahan, hubungi Konsultan Senyuman kami yang sedia membantu anda.
Penilaian Senyuman
Bolehkah saya mendapatkan pendakap gigi lutsinar tanpa menghantar Penilaian Senyuman?
Tidak, anda tidak boleh melangkau Penilaian Senyuman Percuma! Langkah ini sangat penting untuk membantu kami memahami keperluan gigi anda dengan tepat. Ia tidak memakan masa, mudah, dan percuma – Lengkapkan penilaian ini untuk hasil terbaik!
Bilakah saya akan menerima maklum balas selepas menghantar Penilaian Senyuman?
Pasukan kami biasanya menyemak Penilaian Senyuman Percuma dengan segera. Anda boleh menjangkakan maklum balas dalam tempoh 24 hingga 48 jam.
Adakah privasi saya terjamin setelah menghantar Penilaian Senyuman?
Ya, maklumat anda kekal sulit dan hanya digunakan untuk menyediakan pelan rawatan yang diperibadikan.
Proses Rawatan
Apakah proses rawatan pendakap gigi lutsinar?
Langkah pertama adalah menjalani Penilaian Senyuman Percuma dan sesi konsultasi bersama pakar pergigian kami. Mereka akan menilai kesihatan gigi anda dan membincangkan matlamat rawatan anda.
Seterusnya, imbasan 3D digunakan bagi mencipta model gigi yang tepat dan merancang pelan rawatan yang diperibadikan. Setelah diluluskan, pendakap gigi lutsinar khas anda akan direka dan dihasilkan.
Pendakap akan dihantar kepada anda melalui pos, dengan pemeriksaan berkala dalam talian bagi memantau rawatan anda.
Berapa lama tempoh rawatan pendakap gigi lutsinar?
Rawatan dengan pendakap gigi lutsinar biasanya mengambil masa 6 hingga 9 bulan.
Apakah kesan sampingan yang berpotensi untuk rawatan pendakap gigi lutsinar?
Rawatan pendakap gigi lutsinar adalah selamat dan berkesan, tetapi kesan sampingan sementara mungkin berlaku, seperti:
- Rasa tidak selesa atau sakit
- Kesukaran bertutur
- Ulser mulut
Untuk mengurangkan kesan sampingan:
- Pakai pendakap gigi lutsinar mengikut arahan
- Pastikan ia sentiasa bersih
- Amalkan kebersihan mulut yang baik
Rujuk pakar ortodontik and jika kesan sampingan berterusan.
Adakah rawatan pendakap gigi lutsinar menyakitkan?
Pada awal pemakaian, anda mungkin mengalami sedikit rasa sakit atau ketidakselesaan—ini adalah perkara biasa dan menunjukkan bahawa pendakap sedang berfungsi untuk menggerakkan gigi anda. Kebiasaannya, rasa tidak selesa ini akan hilang dalam beberapa hari.
Adakah pendakap gigi lutsinar akan menyebabkan pelat?
Ya, pendakap gigi lutsinar boleh menyebabkan pelat sementara kerana ia mungkin mengubah sedikit posisi lidah dan bibir, yang mempengaruhi pertuturan. Namun, kebiasaannya ia akan hilang dalam beberapa minggu apabila anda sudah terbiasa.
Adakah saya perlu memakai aligners setiap hari?
Untuk memastikan keberkesanan rawatan, anda perlu memakai aligners sekurang-kurangnya 20–22 jam sehari dan hanya menanggalkannya ketika makan, minum, atau memberus gigi.
Bagaimana jika aligners saya terasa longgar atau tidak sepadan?
Jika aligners anda tidak muat dengan betul, gunakan chewie dengan menggigitnya selama 5-10 minit untuk membantu aligners melekap dengan sempurna. Untuk arahan lanjut, sila baca panduan ini.
Mengapa aligners saya tidak menutupi gigi geraham sepenuhnya?
Aligner anda direka untuk menggerakkan gigi dengan tepat, jadi ia mungkin tidak menutupi seluruh geraham. Jika ia terletak dengan kemas dan menutupi sekurang-kurangnya satu pertiga gigi geraham, ia masih menjalankan fungsinya dengan baik.
Bila saya perlu tukar ke set aligner yang seterusnya?
Anda perlu memakai setiap aligner selama 10 hari sebelum beralih ke set berikutnya. Untuk pantau perkembangan rawatan anda, muat turun aplikasi kami di Google Play Store (Android) or App Store (iOS).
Apa yang perlu saya lakukan jika saya terlupa untuk memakai aligners?
Jangan risau! Pakai semula aligner anda secepat mungkin apabila anda teringat. Pastikan anda memakainya mengikut masa yang disarankan setiap hari untuk kekal dalam jadual rawatan.
Apa yang perlu saya lakukan jika saya kehilangan atau tersalah letak aligner?
Hubungi kami segera supaya kami dapat memberikan panduan seterusnya. Sementara itu, pakai semula aligner sebelumnya untuk mengelakkan gigi daripada bergerak kembali kepada posisi asal.
Bolehkah saya makan sambil memakai aligner?
Tidak, aligner harus ditanggalkan sebelum makan untuk mengekalkan ketahanannya. Selepas makan, bersihkan gigi anda sebelum memasangnya semula.
Bolehkah saya minum sambil memakai aligners?
Anda hanya boleh minum air kosong semasa memakai aligner. Minuman lain seperti teh atau kopi boleh meninggalkan kesan pada aligner.
Tips Penjagaan
Berapa kerap saya perlu membersihkan aligner?
Anda disarankan untuk mencuci aligner setiap kali selepas makan atau sekurang-kurangnya dua kali sehari untuk memastikan ia bersih dan bebas bakteria.
Bagaimanakah cara untuk membersihkan aligner saya?
Air bersih sudah mencukupi untuk pembersihan harian. Untuk cucian yang lebih bersih, gunakan tablet pembersih aligner.
Adakah ubat gigi atau ubat kumur mulut sesuai untuk membersihkan aligner?
Ubat gigi dan ubat kumur mulut tidak digalakkan digunakan kerana bahan kimia boleh merosakkan aligner.
Aligner saya kelihatan kekuningan. Apa yang boleh saya lakukan?
Gunakan tablet pembersih aligner atau rendam dalam larutan air dan baking soda selama 30 minit untuk membantu menghilangkan kesan kotoran.
Hasil & Penjagaan Selepas Rawatan
Apa yang perlu saya lakukan selepas rawatan aligner selesai?
Selepas tamat rawatan aligner, anda perlu memakai retainer untuk mengekalkan senyuman baharu anda dan mengelakkan gigi daripada kembali ke posisi asal.
Berapa lama saya perlu memakai retainer selepas rawatan aligner?
Pakai retainer selama 22 jam sehari (kecuali semasa makan dan minum) untuk 3 bulan pertama. Selepas itu, anda mungkin boleh beralih kepada memakainya hanya pada waktu malam.
Berapa lama hasil rawatan aligner akan bertahan?
Hasilnya boleh kekal selamanya jika anda memakai retainer seperti yang disarankan.
Bolehkah saya mendapatkan aligner tambahan selepas rawatan?
Ya, sekiranya terdapat keperluan untuk pelarasan kecil selepas rawatan awal, aligner tambahan boleh disediakan. Namun, pemeriksaan dengan doktor gigi kami diperlukan untuk menentukan langkah seterusnya.
Jaminan Senyuman
Apakah Jaminan Senyuman?
Jaminan Rawatan Aligner ialah komitmen daripada Dr Clear Aligners untuk membetulkan sebarang pergerakan gigi yang tidak diingini dalam tempoh 12 bulan selepas rawatan selesai, tanpa sebarang kos tambahan, dengan syarat anda mengikuti pelan rawatan dan memakai retainer seperti yang diarahkan. Tertakluk pada terma & syarat.
Bagaimanakah Jaminan Senyuman berfungsi?
Kami melindungi sebarang pergerakan gigi yang tidak diingini selama 365 hari selepas rawatan, dengan syarat anda mengikuti pelan rawatan dan memakai retainer seperti yang disarankan.
Jika layak, anda boleh mengunjungi klinik kami atau menggunakan Impression Kit untuk menilai keadaan gigi anda. Pasukan ortodontik kami akan menyediakan pelan rawatan baharu. Jaminan ini hanya terpakai pada gigi yang termasuk dalam pelan asal anda dan boleh terbatal akibat prosedur pergigian, faktor luaran, atau pemakaian retainer jenis bonded.
Bagaimanakah cara untuk memastikan saya kekal layak untuk Jaminan Senyuman?
- Gunakan retainer seperti yang disarankan: Pakai retainer sepenuh masa selama 3 bulan pertama, kemudian hanya pada waktu malam untuk mengekalkan hasil rawatan.
- Rekod perkembangan gigi: Muat naik gambar perkembangan gigi anda pada bulan 1, 3, 6, dan 12 melalui aplikasi kami untuk memastikan penjajaran gigi kekal baik dan mengekalkan kelayakan jaminan.