Rawatan Crown & Bridge Gigi: Penyelesaian Pemulihan Berkualiti Tinggi
Kami menyediakan pelbagai rawatan crown dan bridge (jambatan) gigi di Klinik DCA untuk memulihkan fungsi dan penampilan gigi anda. Sama ada anda mencari pilihan seperti crown gigi logam, bridge gigi zirconia, atau crown jenis E-MAX, pasukan pakar kami akan memastikan rawatan yang disesuaikan dengan keperluan anda.
Kenapa Pilih Crown & Bridge Gigi?
Crown dan bridge gigi merupakan penyelesaian terbaik untuk:
- Menguatkan Gigi yang Rosak: Lindungi dan kukuhkan gigi dengan pilihan tahan lama seperti crown logam dan crown porcelain berlapis logam.
- Menggantikan Gigi yang Hilang: Isi ruang kosong dan pulihkan gigitan dengan bridge zirconia, bridge E-MAX, atau bridge FRC anterior.
- Meningkatkan Penampilan: Crown zirconia dan E-MAX memberikan penampilan yang semula jadi dengan rawatan yang menyerupai gigi asli.
- Ketahanan Jangka Panjang: Dihasilkan daripada bahan berkualiti tinggi untuk ketahanan bertahun-tahun.
Jenis Crown yang Ditawarkan
Kami menawarkan pelbagai jenis crown gigi yang disesuaikan untuk keperluan anda:
- Crown Logam: Sesuai dan kukuh, sesusai untuk gigi belakang (RM900).
- Crown Porcelain Berlapis Logam: Gabungan ketahanan dan estetika, sesuai untuk penampilan dan fungsi (RM 1200).
- Crown Zirconia: Pilihan yang semula jadi dengan daya tahan yang tinggi, pilihan ideal untuk gigi depan (RM 1800).
- Crown E-MAX: Jenis Crown premium untuk senyuman yang lebih estetik dan tahan lama (RM 2000).
- Penyimenan Semula: Membaiki dan melekatkan semula crown gigi yang longgar atau tercabut (RM 100 – RM 150).
Rawatan Bridge Gigi Kami
Bagi menggantikan gigi yang hilang, kami menawarkan:
- Bridge Gigi Porcelain Berlapis Logam: Penyelesaian yang tahan lama dan berpatutan (RM 1000 per unit).
- Bridge Gigi Zirconia: Pilihan ideal untuk pemulihan gigi yang kukuh dan semula jadi (RM 1600 seunit).
- Bridge Gigi E-MAX: Alternatif estetik dan tahan lama untuk gigi hadapan yang kelihatan (RM 1800 per unit).
- Bridge Gigi FRC: Sesuai untuk memulihkan gigi depan (RM 900 – RM 1000)
Apa Yang Anda Boleh Jangkakan Semasa Rawatan
- Konsultasi dan Pemeriksaan: Doktor gigi kami akan memeriksa keadaan gigi dan gusi anda dengan teliti untuk mencadangkan rawatan yang sesuai.
- Pemilihan Jenis Bahan: Pilih daripada zirconia, E-MAX atau porcelain berlapis logam.
- Proses Penyediaan & Pemasangan: Setiap crown dan bridge gigi akan dipasang dengan teliti bagi memastikan keselesaan serta keserasian sempurna.
- Penjagaan Selepas Rawatan: Panduan selepas rawatan untuk memastikan ketahanan dan hasil jangka panjang.
Rawatan Crown & Bridge Gigi dengan Harga Berpatutan
Di Klinik DCA, kami komited untuk menyediakan rawatan gigi berkualiti tinggi pada harga yang berpatutan. Berikut adalah anggaran harga rawatan kami:
- Crown Gigi: Bermula dari RM 900 (Crown logam).
- Bridge Gigi: Bermula dari RM 1000 per unit (porcelain berlapis logam).
Hubungi pasukan kami untuk pelan rawatan yang sesuai dengan bajet dan keperluan anda.
Soalan Lazim Mengenai Crown Gigi dan Bridge Gigi
Apakah jenis crown gigi yang terdapat di Klinik DCA?
Kami menawarkan beberapa pilihan, termasuk crown gigi logam, crown porcelain berlapis logam, crown zirkonia, dan crown E-MAX untuk memenuhi keperluan anda.
Berapa lama crown dan bridge gigi boleh bertahan?
Dengan penjagaan yang baik, crown gigi dan bridge gigi boleh bertahan 10 hingga 15 tahun atau lebih lama.
Adakah bridge gigi zirconia dan E-MAX lebih baik daripada crown gigi logam?
Bridge zirkonia dan E-MAX menawarkan rupa yang lebih semula jadi, menjadikannya pilihan terbaik untuk gigi hadapan. Crown logam lebih tahan lama, sesuai untuk gigi belakang yang menanggung tekanan kunyahan.
Berapakah kos crown gigi atau bridge gigi?
Harga crown gigi bermula dari RM 900, manakala bridge gigi bermula dari RM 1000 seunit.
Jika crown atau bridge gigi saya longgar, bolehkah ia dibaiki?
Ya, kami menyediakan perkhidmatan pembaikan dan pemasangan semula (re-cementation) dari RM 100 hingga RM 150.
Adakah implan dan bridge gigi boleh menggantikan gigi yang hilang?
Ya, implan dan bridge gigi adalah penyelesaian jangka panjang yang berkesan untuk menggantikan gigi yang hilang.