RAWATAN MELURUSKAN GIGI
TENTANG KAMI
PERKHIDMATAN
SUMBER
PEMBELIAN
SIJIL PENGIKTIRAFAN
Pensijilan yang menjamin keselamatan, kualiti dan pematuhan dengan piawaian global.
Di Dr Clear Aligners, kami menawarkan rawatan pergigian pencegahan berkualiti tinggi untuk melindungi gigi dan mengekalkan kesihatan oral anda. Terapi flourida dan sealan fisur kami direka khas untuk mecegah kerosakan gigi dan menguatkan enamel.
Terapi fluorida adalah rawatan yang terbukti berkesan untuk mencegah kaviti dan meningkatkan kesihatan gigi. Ia dilakukan selepas pembersihan profesional seperti scaling dan polishing untuk membantu menguatkan enamel gigi serta membaiki tanda awal kerosakan.
Kelebihan rawatan fluorida:
Doktor gigi kami menggunakan pelbagai bentuk fluorida – gel, buih, atau varnis – untuk memastikan perlindungan yang berkesan terhadap kaviti. Varnis fluorida sering menjadi pilihan kerana keberkesanannya yang tahan lama, terutama bagi kanak-kanak.
Harga: RM 80 – RM 100
Sealan fisur ialah rawatan pencegahan yang melibatkan penggunaan resin plastik nipis dan lutsinar pada lekuk (fisur) dan lubang kecil pada gigi, membentuk lapisan pelindung terhadap bakteria dan kerosakan gigi.
Kelebihan Sealan Fisur:
Gigi geraham, terutamanya pada kanak-kanak, mempunyai permukaan yang tidak rata dengan alur yang sukar dicapai semasa memberus. Sealan bertindak sebagai perlindungan tambahan untuk mengelakkan kaviti sejak awal.
Harga: RM 70
Terapi fluorida ialah rawatan yang menggunakan gel, buih, atau varnis fluorida untuk menguatkan enamel gigi, mengelakkan kaviti, dan mengurangkan sensitiviti.
Dengan penjagaan yang baik, sealan fisur boleh bertahan bertahun-tahun. Pastikan anda melakukan pemeriksaan gigi secara berkala untuk mengekalkan keberkesanannya.
Ya, rawatan fluorida selamat untuk kanak-kanak dan sangat penting dalam melindungi gigi mereka daripada kaviti.
Tidak, proses aplikasi sealan fisur adalah cepat, tidak menyakitkan, dan tidak invasif.
Hantar maklumat anda dan kami akan hubungi anda!